Tuesday, October 11, 2011

TAJUK 3 : Kandang dan Peralatan


Kenapa Perlu Kandang?

  • Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan seperti kambing
  • Kandang melindungi kambing dari panas
  • Melindungi dari binatang liar seperti anjing dan kecurian
  • Membantu pengasingan ternakan
  • Memudahkan pengurusan – boleh dijalankan di dalam kandang mengikut kumpulan

Pemilihan Lokasi
  • Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output
  • Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan
  • Kawasan yang kering dan tidak menakong air
  • Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas waktu tengahari
  • Mempunyai punca air bersih ke kandang
Kedudukan Binaan Kandang
  • Jika kandang yang panjang ingin dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara-selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang
  • Jika lebih dari satu kandang ingin dibina, jarak antara 2 kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri

Pembinaan Kandang


Rangka Kandang
  • Pelbagai ukuran mengikut kesesuaian penternak
  • Ada yang mendirikan lebar kandang 24 kaki dengan panjang yang melebihi 100 kakiLebar 24 kaki ini akan membenarkan cahayamemasuki hinggaketengah kandangpadawaktu pagi atau petang
  • Bila cahaya boleh memasuki kawasan kandang, lantai akan lebih kering dan baik untuk kesihatan kambing
  • Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk, alang untuk kegunaan yang lama.
  • Pemilihan kayu untuk lantai, dinding dan bumbung terpulang kepada penternak kerana ia mudah diganti
Lantai
  • Ketinggian 5 – 6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis
  • Jika terlalu rendah akan menyebabkan kambing terdedah pada perwapan ammonia yang terbentuk dari air kencing yang terkumpul di bawah kandang
  • Lantai menggunakan kayu 1 in x 2 in dengan jarak 0.5 in
  • Ruang lantai untuk se ekor kambing Jamnapari dewasa ialah 1.5 meter persegi dengan anak 0.5 meter persegi

Lantai Bawah Kandang
  • Lantai tanah ( ditambah pasir)
  • Lantai simen

Atap

  • Tinggi lantai dengan alang – 8 kaki
  • Atap terbaik adalah dari aluminium kerana atap ini memantulkan cahaya panas. Suhu dalam kandang lebih rendah.
  • Bahan-bahan atap dari zink dan asbestos akan menyerap haba dan ini menyebabkan suhu dalam kandang menjadi lebih tinggi
  • Bumbung bentuk bertingkat atau pisang sesikat akan membantu pengeluaran haba

Dinding

  • Ketinggian dinding dari lantai sekurang-kurangnya 4 kaki.
  • Bagi kambing jantan, 5 kaki adalah mencukupi

Tangga

  • Tidak terlalu curam. Kecuraman 30 – 40 darjah
  • Kelebaran 3 – 4 kaki adalah mencukupi
  • Sediakan pemegang pada kiri dan kanan tangga
Palong Makanan
  • Dipasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong makanan
  • Menggunakan palong air plastik atau saloran air plastik 6” yang dibelah dua
  • Palong makanan juga diperbuat dari papan dan kayu

Bekas Minum Air (Automatic Drinker)
  • Bekas minuman yang terdiri dari baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar elak najis dari memasuki bekas tersebut
  • Bagi yang mampu air minuman boleh diperolehi dari ”automatic drinker. Satu unit untuk 10 ekor adalah memadai

No comments:

Post a Comment