- Segala aktiviti yang dijalankan kepada haiwan ternakan untuk meningkatkan pengeluaran
- Penternak perlu menguruskan keperluan asas kambing
- Kandang
- Makan / minum
- Kesihatan
- Pembiakan dll
Kenapa Perlu Pengurusan?
- Berlaku pemeliharaan ternakan (domestikasi) yang sebelum ini duduk di hutan
- Perpindahan persekitaran (environmen)
- Manusia meningkatkan pengeluaran untuk susu, daging, bulu & kulit
- Mengurangkan keadaan seperti:
- Pembesaran badan yg terencat
- Ketidakseragaman
- Penyakit & kematian
Sistem-sistem Pengurusan Kambing
Sistem lepas bebas
- Kambing di lepas bebas meragut di tepi jalan dan di kebun/ladang getah atau sawit
- Menimbulkan masalah sosial – masuk sawah padi, kebun sayur dan makan bunga
- Tiada kawalan penyakit. Jika berlaku serangan penyakit, kematian adalah tinggi
- Kambing meragut di padang ragut
- Makanan konsentrat disediakan di dalam kandang
- Ternakan bermalam di dalam kandang
- Ternakan 24 jam di dalam kandang
- Rumput dan konsentrat diberikan di dalam kandang
- Kesihatan lebih terjamin kerana kambing tidak terdedah punca atau agen penyakit berjangkit
Pengurusan Terhadap Kambing Jamnapari
Secara am terdapat 2 jenis pengurusan. Ada pengurusan yang perlu dijalankan secara harian atau setiap hari dan ada yang dijalankan berkala (iaitu apabila tiba masa dan diperlukan)
- Harian
- Berkala
Pengurusan harian – makan/minum ( pemberian susu), rawatan, pembiakan, kebersihan kandang, penyimpanan rekod, pemerhatian terhadap ternakan
Pengurusan berkala – suntikan vaksin, rawatan cacing & kutu, pengenalan, pemotongan kuku, menimbang
Pengurusan juga berbeza mengikut jenis baka yang dipelihara berdasarkan baka dan peringkat umur kambing
- Baka – daging, susu, bulu
- Umur – anak baru lahir akan diurus berbeza dari kambing dewasa
No comments:
Post a Comment