Tuesday, September 6, 2011

Sistem Penternakan

A. INTENSIF

Ternakan ditempatkan di dalam kandang 24/7. Keperluan makanan rumput, pallet, air minuman dan juga mineral Lick mesti disediakan. Rumput (fodder) dipotong dan diangkut ke kandang. Anggaran rumput yang diperlukan adalah 10% daripada berat badan. Chopper digunakan untuk memotong rumput sebelum diberikan kepada ternakan bagi mengelakkan pembaziran. Jenis rumput yang disyorkan adalah rumput Napier dan Guinea



Kebaikan sistem intensif
  • Mengatasi serangan parasit (cacing dan kutu)
  • Mengelak dan mengawal penyakit berjangkit (FMD dan HS)
  • Mengurangkan kos rawatan
  • Mengurangkan risiko kecurian, kemalangan dan kecederaan
  • Mengatasi masalah sosial kepada manusia dan tanaman manusia
  • Pengurusan lebih mudah dan menguntungkan

B. SEMI INTENSIF


Ternakan dilepaskan pada waktu siang dan dikurung pada waktu malam. Memerlukan 8 hingga 10 padok bagi tujuan ragutan bergilir (rotational grazing). Ternakan mudah terdedah kepada jangkitan parasit (cacing dan kutu), oleh itu ternakan dilepaskan semasa rumput mengering unutk mengelakkan dari cacing. Kadangkala sistem ternakan sistem semi intensif ini menimbulkan masalah sosial dikalangan ternakan. Sistem ternakan ini juga sesuai di integerasikan dengan sawit, getah, kelapa, koko dan dusun.






No comments:

Post a Comment