Friday, September 23, 2011

Pemilihan Kambing Baka (Siri1/2)


Baka Jantan Kacukan Jamnapari

Asas Pemilihan


Pemilihan ternakan berasaskan kepada keperluan pasaran dan permintaan setempat. Faktor pengeluaran turut diambil kira :
  • Permintaan – keperluan pasaran dan harga
  • Peningkatan berat badan yang cepat
  • Tahan penyakit dan cuaca panas dan lembab sperti di Malaysia
  • Pengeluaran susu yang tinggi


Ciri-ciri baka (Jamnapari)

  • Upaya hidup dengan baik di negara panas dan banyak hujan seperti di Malaysia
  • Tahan lasak dan kurang penyakit
  • Berat anak semasa dilahirkan adalah tinggi
  • Kenaikan berat badan yang cepat
  • Mencapai 75 – 80 % berat badan maksimum pada umur 1 tahun
  • Keluaran susu yang tinggi – boleh menampong keperluan 2 – 3 ekor anak
  • Jarak kelahiran yang rapat


K
enapa tidak baka Boer?

  • Sumber terhad
  • Harga
  • Perlukan kawasan


U
mur dan berat badan


Faktor berat badan adalah lebih baik untuk menilai prestasi kambing (juga ruminan lain) dari umur. Contoh: Dengan makanan yang baik, kambing akan cepat besar. Terdapat kambing yang berat badannya mencapai berat badan 70 – 75 % dari berat badan maksimum kurang se tahun. Kambing ini boleh dibiakkan awal.


Kambing yang sama jika tidak mendapat makanan yang bermutu tidak akan mencapai berat badan seperti di atas dan akan dibiakkan lebih lewat lagi.

[sambungan]

No comments:

Post a Comment