- Pilihlah kambing yang disahkan bebas dari penyakit yang berjangkit dan berbahaya. Perkhidmatan ini diberikan oleh jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
- Kambing bebas dari penyakit berjangkit dan berbahaya seperti penyakit kuku dan mulut, brucellosis dan CLA
- Kambing bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberikan rawatan yang sesuai
- Kambing yang sehat tubuh badan, tidak cacat dari segi fizikal dan bukan kambing bantut.
Pemilihan trait (sifat) kambing baka Jamnapari bermutu
- Bentuk tubuh badan yang cantik, kaki yang tegap dan lurus apabila berdiri
- Kesihatan yang baik
- Kadar pertumbuhan badan yang cepat
- Pengeluaran susu yang tinggi
- Kelahiran kembar – cuba dapatkan ibu dan jantan yang mempunyai kelahiran kembar. Dalam 2 tahun kambing akan beranak 3 kali. Dengan itu anda akan memperolehi 6 ekor anak dalam tempoh tersebut
Sifat bagi pemilihan jantan untuk baka Jamnapari
- Sihat dengan tubuh yang besar, panjang dan tiada kecacatan
- Dada yang lebar dan bidang
- Tulang dada dan belakang serta dua pasang kaki hadapan dan belakang yang kuat.
- Zakarnya perlulah baik dan berupaya keluar dan masuk.
- Dua buah zakar yang sama besar dan tergantung dengan baik dan tidak terlabuh
- Aktif dan mempunyai libido yang tinggi
- Zakar yang anjal dan boleh melakukan ereksi
- Daripada keturunan beranak kembar
- Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
- Ternakan muda
- Tiada pertalian darah dengan kambing betina di dalam kumpulan
- Mempunyai kenaikan berat badan yang tinggi ketika muda
Sifat bagi pemilihan betina untuk baka Jamnapari
- Sihat, tidak terlalu gemuk
- Tiada kecacatan
- Kaki yang lurus dan kuat
- Sistem peranakan normal
- Keupayaan menjadi ibu (sifat keibuan )
- Ambing susu perlu besar dan tergantung dengan baik.
- Kulit kelenjar lembut dan licin serta mempunyai pembuluh susu yang nyata
- Kedua-dua puting susunya pula sederhana besar dan terletak dengan baik
- Daripada keturunan beranak kembar
- Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
- Ternakan muda
Kecacatan tubuh
- Rahang yang tidak selari, atas dan bawah
- Tanduk berpusing kearah leher
- Hanya satu testis atau dua tetapi berlainan saiz
- Tanda jangkitan, pembengkakan puting
- Kaki membentuk ’ X ’
- Mata buta
PELUANG PERNIAGAAN DI DALAM INDUSTRI KAMBING
- Penternak
- Pengumpul/Pembekal/Pengimport
- Penjual daging & karkas
- Pemeroses daging
- Pembekal makanan, ubat-ubatan ternakan kambing
- Kontraktor membina kandang/reban kambing