Wednesday, October 5, 2011

TAJUK 2 : Asas Pengurusan Kambing

Apa Pengurusan Ternakan?
  • Segala aktiviti yang dijalankan kepada haiwan ternakan untuk meningkatkan pengeluaran
  • Penternak perlu menguruskan keperluan asas kambing

- Kandang

- Makan / minum

- Kesihatan

- Pembiakan dll



Kenapa Perlu Pengurusan?

  • Berlaku pemeliharaan ternakan (domestikasi) yang sebelum ini duduk di hutan
  • Perpindahan persekitaran (environmen)
  • Manusia meningkatkan pengeluaran untuk susu, daging, bulu & kulit
  • Mengurangkan keadaan seperti:

- Pembesaran badan yg terencat

- Ketidakseragaman

- Penyakit & kematian


Sistem-sistem Pengurusan Kambing


Sistem lepas bebas
  • Kambing di lepas bebas meragut di tepi jalan dan di kebun/ladang getah atau sawit
  • Menimbulkan masalah sosial – masuk sawah padi, kebun sayur dan makan bunga
  • Tiada kawalan penyakit. Jika berlaku serangan penyakit, kematian adalah tinggi
Sistem separuh intensif (semi-intensive)
  • Kambing meragut di padang ragut
  • Makanan konsentrat disediakan di dalam kandang
  • Ternakan bermalam di dalam kandang
Sistem intensif (intensive)
  • Ternakan 24 jam di dalam kandang
  • Rumput dan konsentrat diberikan di dalam kandang
  • Kesihatan lebih terjamin kerana kambing tidak terdedah punca atau agen penyakit berjangkit

Pengurusan Terhadap Kambing Jamnapari


Secara am terdapat 2 jenis pengurusan. Ada pengurusan yang perlu dijalankan secara harian atau setiap hari dan ada yang dijalankan berkala (iaitu apabila tiba masa dan diperlukan)

  • Harian
  • Berkala

Pengurusan harian – makan/minum ( pemberian susu), rawatan, pembiakan, kebersihan kandang, penyimpanan rekod, pemerhatian terhadap ternakan

Pengurusan berkala – suntikan vaksin, rawatan cacing & kutu, pengenalan, pemotongan kuku, menimbang


Pengurusan juga berbeza mengikut jenis baka yang dipelihara berdasarkan baka dan peringkat umur kambing

  • Baka – daging, susu, bulu
  • Umur – anak baru lahir akan diurus berbeza dari kambing dewasa



Friday, September 23, 2011

Pemilihan Kambing Baka (Siri2/2)

Status kesihatan
  • Pilihlah kambing yang disahkan bebas dari penyakit yang berjangkit dan berbahaya. Perkhidmatan ini diberikan oleh jabatan Perkhidmatan Haiwan Malaysia
  • Kambing bebas dari penyakit berjangkit dan berbahaya seperti penyakit kuku dan mulut, brucellosis dan CLA
  • Kambing bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberikan rawatan yang sesuai
  • Kambing yang sehat tubuh badan, tidak cacat dari segi fizikal dan bukan kambing bantut.


Pemilihan trait (sifat) kambing baka Jamnapari bermutu

  • Bentuk tubuh badan yang cantik, kaki yang tegap dan lurus apabila berdiri
  • Kesihatan yang baik
  • Kadar pertumbuhan badan yang cepat
  • Pengeluaran susu yang tinggi
  • Kelahiran kembar – cuba dapatkan ibu dan jantan yang mempunyai kelahiran kembar. Dalam 2 tahun kambing akan beranak 3 kali. Dengan itu anda akan memperolehi 6 ekor anak dalam tempoh tersebut


Sifat bagi pemilihan jantan untuk baka Jamnapari

  • Sihat dengan tubuh yang besar, panjang dan tiada kecacatan
  • Dada yang lebar dan bidang
  • Tulang dada dan belakang serta dua pasang kaki hadapan dan belakang yang kuat.
  • Zakarnya perlulah baik dan berupaya keluar dan masuk.
  • Dua buah zakar yang sama besar dan tergantung dengan baik dan tidak terlabuh
  • Aktif dan mempunyai libido yang tinggi
  • Zakar yang anjal dan boleh melakukan ereksi
  • Daripada keturunan beranak kembar
  • Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
  • Ternakan muda
  • Tiada pertalian darah dengan kambing betina di dalam kumpulan
  • Mempunyai kenaikan berat badan yang tinggi ketika muda


Sifat bagi pemilihan betina untuk baka Jamnapari

  • Sihat, tidak terlalu gemuk
  • Tiada kecacatan
  • Kaki yang lurus dan kuat
  • Sistem peranakan normal
  • Keupayaan menjadi ibu (sifat keibuan )
  • Ambing susu perlu besar dan tergantung dengan baik.
  • Kulit kelenjar lembut dan licin serta mempunyai pembuluh susu yang nyata
  • Kedua-dua puting susunya pula sederhana besar dan terletak dengan baik
  • Daripada keturunan beranak kembar
  • Bulu yang bersih, berkilat dan sihat
  • Ternakan muda


K
ecacatan tubuh

  • Rahang yang tidak selari, atas dan bawah
  • Tanduk berpusing kearah leher
  • Hanya satu testis atau dua tetapi berlainan saiz
  • Tanda jangkitan, pembengkakan puting
  • Kaki membentuk ’ X ’
  • Mata buta


P
ELUANG PERNIAGAAN DI DALAM INDUSTRI KAMBING
  • Penternak
  • Pengumpul/Pembekal/Pengimport
  • Penjual daging & karkas
  • Pemeroses daging
  • Pembekal makanan, ubat-ubatan ternakan kambing
  • Kontraktor membina kandang/reban kambing