~ShamieAgro Farm~
"ShamieAgro Farm" adalah satu usaha perladangan agro secara maya @ "Virtual Farm" yang mana para penternak, peladang dan pekebun boleh mendapatkan segala info dan maklumat disini. Kami juga merupakan rangkaian ONLINE yang menyediakan perkhidmatan rekabentuk, khidmat nasihat, pemasaran dan perancangan projek.
Thursday, June 14, 2012
e-Book Pengurusan Penternakan Kambing (Edisi Khas)
Tuesday, January 17, 2012
Wednesday, December 14, 2011
TAJUK 4 : Pengurusan Anak Baru Lahir Hingga Cerai Susu (Siri 1/4)

TANDA-TANDA BUNTING AKHIR
ü Pembesaran abdomen
ü Pembesaran ambing susu
ü Rembesan cecair seperti susu bermula
ü Vulva bengkak dengan lendir yang pekat
ü Abdomen relax dan ke bawah
TANDA-TANDA KELAHIRAN
ü Resah
ü Mengasingkan diri
ü Sering duduk dan bangun
ü Kelihatan kencing beberapa kali
ü Kelahiran bermula
PROSES KELAHIRAN
Fasa 1
ü Proses kelahiran bermula apabila ibu kambing mula meneran dan ini menolak kandungan . Ibu kambing akan sama ada baring atau berdiri semasa kelahiran
ü Penolakan pundi air allantois dan amniotik ke arah cervik. Cervik terbuka luas dan membentuk laluan lurus. Pundi air allantois pecah
Fasa 2
ü Penolakan anak melalui cervik ke vagina selepas pundi air amniotik pecah.
ü Penolakan dibantu oleh penguncupan otot rahim dan abdomen
ü Kedudukan anak yang normal adalah kepala dan kaki depan semasa kelahiran
ü Jika anak 2 – 3 ekor, kelahiran yang kedua atau ketiga berlaku 5 – 30 minit selepas kelahiran sebelumnya
Fasa 3
ü Pengeluaran uri sebaik saja lepas kelahiran anak
Tuesday, October 11, 2011
TAJUK 3 : Kandang dan Peralatan
Kenapa Perlu Kandang?
- Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan seperti kambing
- Kandang melindungi kambing dari panas
- Melindungi dari binatang liar seperti anjing dan kecurian
- Membantu pengasingan ternakan
- Memudahkan pengurusan – boleh dijalankan di dalam kandang mengikut kumpulan
Pemilihan Lokasi
- Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output
- Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan
- Kawasan yang kering dan tidak menakong air
- Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas waktu tengahari
- Mempunyai punca air bersih ke kandang
- Jika kandang yang panjang ingin dibina, kawasan yang dipilih hendaklah boleh menempatkan kedudukan kandang dengan arah utara-selatan bagi membolehkan kandang menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang
- Jika lebih dari satu kandang ingin dibina, jarak antara 2 kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri
Pembinaan Kandang
Rangka Kandang
- Pelbagai ukuran mengikut kesesuaian penternak
- Ada yang mendirikan lebar kandang 24 kaki dengan panjang yang melebihi 100 kakiLebar 24 kaki ini akan membenarkan cahayamemasuki hinggaketengah kandangpadawaktu pagi atau petang
- Bila cahaya boleh memasuki kawasan kandang, lantai akan lebih kering dan baik untuk kesihatan kambing
- Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk, alang untuk kegunaan yang lama.
- Pemilihan kayu untuk lantai, dinding dan bumbung terpulang kepada penternak kerana ia mudah diganti
- Ketinggian 5 – 6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis
- Jika terlalu rendah akan menyebabkan kambing terdedah pada perwapan ammonia yang terbentuk dari air kencing yang terkumpul di bawah kandang
- Lantai menggunakan kayu 1 in x 2 in dengan jarak 0.5 in
- Ruang lantai untuk se ekor kambing Jamnapari dewasa ialah 1.5 meter persegi dengan anak 0.5 meter persegi
Lantai Bawah Kandang
- Lantai tanah ( ditambah pasir)
- Lantai simen
Atap
- Tinggi lantai dengan alang – 8 kaki
- Atap terbaik adalah dari aluminium kerana atap ini memantulkan cahaya panas. Suhu dalam kandang lebih rendah.
- Bahan-bahan atap dari zink dan asbestos akan menyerap haba dan ini menyebabkan suhu dalam kandang menjadi lebih tinggi
- Bumbung bentuk bertingkat atau pisang sesikat akan membantu pengeluaran haba
Dinding
- Ketinggian dinding dari lantai sekurang-kurangnya 4 kaki.
- Bagi kambing jantan, 5 kaki adalah mencukupi
Tangga
- Tidak terlalu curam. Kecuraman 30 – 40 darjah
- Kelebaran 3 – 4 kaki adalah mencukupi
- Sediakan pemegang pada kiri dan kanan tangga
- Dipasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong makanan
- Menggunakan palong air plastik atau saloran air plastik 6” yang dibelah dua
- Palong makanan juga diperbuat dari papan dan kayu
Bekas Minum Air (Automatic Drinker)
- Bekas minuman yang terdiri dari baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar elak najis dari memasuki bekas tersebut
- Bagi yang mampu air minuman boleh diperolehi dari ”automatic drinker”. Satu unit untuk 10 ekor adalah memadai